# HARGA AKAN NAIK SELEPAS PROMOSI TAMAT. SAYA NASIHATKAN ANDA BELI SEKARANG

BUKU HADIAH

Maklumat 4 Buah Buku dalam Set 100% Muslimah
1) Hijrah Muslimah Milenial
Buku Hijrah Muslimah Milineal sebuah buku genre motivasi yang ditulis khas dengan kandungan istimewa untuk golongan Muslimah.
Buku ini memfokuskan kepada peningkatan nilai dan kualiti diri Muslimah pada zaman milineal yang kian mencabar ini.
Antara 7 perkara yang dibincangkan adalah hijrah Muslimah dan Rabb-Nya, Muslimah dan prestasi, Muslimah dan cinta,
Muslimah dan media sosial, Muslimah dan pergaulan, Muslimah dengan alam sekeliling, serta Muslimah dan produktiviti.
7 aspek utama yang disediakan dalam buku Hijrah Muslimah Milenial ini bukanlah semata-mata tumpuan hijrah yang biasa bagi seorang muslimah.
Sebaliknya, tujuh perkara tersebut adalah merangkumi aspek yang luas dan pelbagai. Bahkan juga tersusun mengikut prioriti dan tumpuan bertahap.
2) Zikir dan Doa Muslimah Solehah
Buku Zikir dan Doa Muslimah Solehah adalah sebuah buku kompilasi doa-doa yang dikumpulkan khas untuk amalan harian muslimah.
Buku ini mengandungi 3 bahagian, iaitu, bahagian pertama; panduan berdoa, bahagian kedua; doa amalan harian, dan bahagian ketiga; bonus doa dan zikir.
Zikir dan doa yang disediakan dalam buku ini semuanya sudah disemak sumber dan diyakini boleh dijadikan amalan harian dan mudah-mudahan mendapat fadhilat daripadanya.
3) 1000 Tip Menjadi Muslimah Bahagia Dunia dan Akhirat
Buku 1000 Tip Menjadi Muslimah Bahagia Dunia dan Akhirat adalah sebuah buku yang merangkumi tip-tip yang boleh dijadikan pilihan tindakan yang boleh dilakukan oleh muslimah dalam kehidupan sehariannya.
1000 tip yang disediakan adalah tip praktikal yang diambil daripada 200 hadith pilihan Rasulullah s.a.w.
Hadith yang dipilih, mewakili beberapa kategori, seperti, hadith berkaitan keluarga bahagia, kesihatan, keusahawanan, komunikasi, kepimpinan, hiburan dan juga ibadah solat.
Kesemua bab ini dipecahkan pula kepada beberapa kategori kecil yang lain.
Setiap bab, akan disediakan satu hadith beserta takhrijnya, kemudian diberikan beberapa penjelasan dalam pelbagai bentuk, seperti fakta, kajian, kata ulama, doa dan amalan, dan lain-lain lagi.
Kemudian, daripada hadith tersebut, dikeluarkan 5 tip yang praktikal, mudah dan relevan untuk diamalkan oleh semua muslimah.
4) 99 Great Ways to be Wonderful Muslimah
Islam sangat mencintai kaum wanita. Wanita digelar sebagai Muslimah dalam Islam. Muslimah dihormati dan dihargai dengan cara yang mulia.
Muslimah perlu mendekatkan diri dengan Allah s.w.t. supaya hidup sentiasa diberkati. Muslimah juga berhak memiliki impian.
Bahkan mereka dapat menggapai impian yang dicita-citakan tanpa perlu meninggalkan sifat-sifat semula jadi seorang wanita.
Muslimah hebat bukan diukur pada tinggi tahap pendidikannya, bukan juga diukur pada gaya pemakaiannya, tetapi cara berfikir yang positif dan istiqamah menulu ke jalan yang diredhai Allah s.w.t.
Buku 99 Great Ways to be Wonderful Muslimah mempunyai 99 cara dan tip bagi menjadi Muslimah hebat bukan sahaja pada mata manusia, namun yang lebih utama hebat di sisi Allah s.w.t.






Siapa Ustazah Datuk Dr. Norhafizah Musa
Ustazah Norhafizah Musa mendapat pendidikan pada peringkat Sarjana Muda di Universiti of Yarmouk, Jordan dalam bidang Sastera Bahasa Arab dan Pengajian Islam. Seterusnya beliau menyambung pengajian pada peringkat sarjana di Universiti Malaya di Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan.
Pada usia mencecah 43 tahun dan ibu kepada tujuh orang anak ini telah menerima Penganugerahan Doktor Falsafah (PhD) dari Akademi Pengajian Islam.
Pada Oktober 2018, Ustazah Norhafizah telah menerima anugerah pengajian PhD, bahkan beliau turut dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah Peringkat Daerah Jempol, Negeri Sembilan Darul Khusus 1440 Hijrah bersamaan 2018 Masihi.
Ustazah Norhafizah Musa bertugas sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur. Kemahiran khusus beliau adalah Psikoterapi Dakwah dan Pembangunan Insan. Beliau mendirikan rumah tangga dengan Ustaz Dr. Azahar Yaakub dan dikurniakan dengan tujuh cahaya mata.
Penglibatan beliau dalam dunia dakwah bermula sejak kepulangannya dari Jordan lagi. Kini beliau merupakan penulis buku, kolumnis majalah, panel tetap slot Usrati di ikim fm, panel program Tanyalah Ustazah TV9, Al-Hidayah TV3, Forum Perdana TV1, dan lain-lain program penerbitan bersifat keagamaan
Selain aktif di radio dan televisyen Ustazah Norhafizah Musa merupakan master trainer (pembimbing pelatih ) untuk konsultan Daraini Management Academy dan master trainer untuk Syarikat Airbone Discovery Sdn.Bhd. Beliau telah mengasaskan banyak modul dalam pelatihan untuk remaja, wanita dan korporat.
Ustazah Norhafizah Musa dan Ustaz Dr Azahar Yaakub merupakan Pengerusi Dan Penasihat kepada Maahad Tahfiz Integrasi Madinatul Huffaz di Gombak. Beliau juga telah mencetuskan rancangan beliau sendiri iaitu Rancangan JomToJannah.
Selain itu Ustazah Norhafizah juga pernah dianugerahkan dengan pelbagai anugerah. Antaranya:
- dianugerahkan pingat mahkota wilayah membawa gelaran datuk pada 2018
- dianugerahkan tokoh Ilmuan Saidatina Aisyah Wilayah Persekutuan pada tahun 2015
- dianugerahkan Nona Motivator Award 2020
- Ahli lembaga pemegang amanah yadim 2020-2021
- Ahli Majlis Kebangsaan PERKIM
- Penaung Sahabat Muslimah Saidatina Aisyah
- dan lain-lain lagi



